[Diari] Happy Teacher’s Day (2009)

3532738694_b9e0ce49f7_bmkmknikbnio

PEMBERITAHUAN : Post ini adalah dari blog saya yang lama, dan ianya ditulis pada 18 May 2009 bertempat di Quest on Mount Apartment, Mount St, Auckland.

Nota Kepala: Owh, sungguh nakal saya ketika zaman tu. Tergelak bila baca balik post saya ini. 

Salam. Kalau korang sedar/tak koma, mesti korang tahu yang hari sabtu lepas adalah Hari Guru. Kalau tak silap aku, sambutan tahun nie adalah yang kali ke-39 (38 kot.hehehehe.search internet sendiri). Huh, memang best ah, bukan pe, sebab dikesempatan tuh, aku msg2 cikgu2 aku walopon kreadit aku memang diparas yang merbahaya. Bukan semer cikgu yang aku msg sebab bukan semer aku ada nombor. Juz cikgu2x KMS yang aku rasa diorang masih ingat kat aku. Hahahaha.

Cerita pasal cikgu/guru nie kan, aku ingat lagi time sekolah rendah, masa aku sekolah dekat ngan rumah aku, ada beberapa cikgu yang sangaaaat baik. Even sebelum fly hari tuh pun, sempat jumpa beberapa orang cikgu2x dari sekolah rendah aku nie. Jumpa pun bukan sebab apa, sebab mak aku kenal diorang. Huhuhu

Ok, alang2x cite pasal sekolah nie, aku nak story sket pasal kehidupan aku time skolah dulu2x. Masa kecik2x (sekolah rendah)dulu, aku join geng pancaragam sekolah. Hahaha, memang syok habes ah...Sejak hari itu, aku sedar bakat aku untuk bermain alat musik, malah masa tuh aku gak boleh ,menyanyi lagu Negaraku dengan merdu sekali. Bukan stakat lagu negara ku, bagilah lagu apa pun, mesti aku power nyanyi. Tapi, bila sampai part Asma Al-Husna, aku senyap je. Wahahaha, bukan apa, saja kasi peluang kat member2x aku untuk ingat 99 nama Allah tuh.

Aku pun tak tau apsal aku minat kat sains masa kecik2x sehinggakan masa aku darjah 4, kelas aku kena tuka ke makmal. Pergh, masa tuh aku ah paling seronok. Berbekalkan kuasa sebagai seorang pengawas, aku mengeksploitasikan semer benda2 dalam makmal tuh. Nampak je ada spatula ke, termometer ke, mesti aku xkasi orang main. Bukan pe, sebab aku jeles. Benda2 tuh, aku sorang je leh main. Wahahaha. Memang syok habes. Aku dulu taksub ngan tabung uji. Sampaikan tiap kali aku isi air dalam tabung uji, aku dapat bayangkan asap2x keluar dan air tuh dan berubah warna. Tapi, malangnya, itu semua hanya imiginasi aku yang kreatif. Ekekeke.

Masuk darjah 5, aku pindah sekolah. Time tuh duduk ngan makcik n pakcik aku kat Ulu Bernam. Haaa, nie boleh dijadikan jawapan kenapa kalo korang tanya (orang yang pernah sembang ngan aku ler), apsal kalo aku cakap aku xda slang kelantan or kedah. Aku pun tak pasti sebenarnya. Tapi, mungkin selama 2 tahun aku ddk kat Ulu Bernam, aku bleh speaking slang lain selain drpd slang kelantan. Aaa, tak kesah ah hal tuh. Apa yang aku nak highlight kan, time nie memang antara time yang aku spend banyak masa ngan kengkawan. Ianya adalah salah satu penyebab kenapa aku suka gi sekolah (masa tuh belum kenal erti awek-cun, kalo tak lagi semangat.kah kah kah). Ye ah, bergaul ngan member nie memang best. Pastu, time nielah kali pertama aku satu kelas ngan bangsa2x lain contohnya India, Orang asli etc. (Cina xda kot...tah, aku lupa). So, aku agak culture shock gak ah time tuh. Sekolah tuh sebenarnya sekolah abang aku gak dulu. Masa dia kecik2x (darjah 6 kalo tak silap), dia duduk ngan makcik aku. So, ada beberapa cikgu aku kat sekolah tuh kenal abang dgn aku. Owh, masa nie gak, bekas cikgu abang aku tuh, ajar aku guna komputer sambil dengar lagu Isabella.hahahaha. Mekaseh cikgu!!!

Habes je darjah 6, aku balik semula ke rumah. Sekolah dekat ngan rumah aku plak. Time nie, fuh, aku memang skema habes ah. Typical budak form 1 masa tuh. Pakai neck-tie sampai menjerut2x leher. Kena plak ngan songkok. Biar panas mana pun, xnak buang. Wahahaha. Masa form 1 nie adalah 1st time aku ddk asrama walopon jarak rumah aku kurang dari 3km. Fuh, memang challenging ddk asrama nie. Yelah, kat sini belajar mcm ne nak bergaul etc. Skali lagi, aku memang banyak dapat kawan masa nie. Alhamdulillah, sampai skang ktrg masih kontek2x lagi. Cite pasal ddk asrama nie, memang xkan habes. Banyak betul benda2 best. Benda2 sengal dan memacam lagi. Hahahaha.

Habes PMR, aku gi sekolah jauh sket dari rumah aku, (jarak dalam 30km). AKu pun tak tau apsal aku dapat mrsm dekat ngan rumah aku. Takpalah, aku xkesah memana pun, Yang lawaknyer, masa aku masuk mrsm nie, mak aku gi wat Haji. Pastu, mak aku bagi mandat kat pakcik aku untuk tolong hantarkan aku. Time tuh, aku xtau lagi dapat mrsm mana. So, pakcik aku dengan semangat, gi service kete etc. Dia ingat aku kena ah johor ke, perlis ke, sabah ke, tapi skali dapat kat besut(terengganu). Kalau nak tau, besut tuh, dekat je ngan kampung makn pakcik aku. AHahahah. Takpalah, orang cakap, sediakan raincoat kalo nampak nak hujan.

Masa upper form nie, peranagi lagi xleh tahan. Kira time nie time memberontak aku ah. Tapi xda ah sampai nak gulingkan kerajaan ke hape. Juz nak kebebasan bersuara dan hak asasi yang sepatutnya remaja2x dapat. (xleh blah). Zaman aku masok mrsm nie, adalah antara zaman terbest aku sepanjang aku belajar. Memang tahap gaban naik kereta best dia. Kena plak mrsm aku tuh, facilities dia memang tip-top ah. Mana taknya, mrsm tuh sebenarnya dibina untuk dijadikan Kolej MARA, tapi skali dia tuka jadik mrsm. SO, satu bilik 2 orang. Siap ngan meja study, lampu study, rak buku, tilam yang cambest, pintu bilik dapat tahan api selama 30minit, locker yang lebar sedepa, tinggi rapat ke siling, bilik air yang tak pernah jem, dan memacam lagi ah. Pergh...time aku aku rasa masuk dunia yang berbeza. Mana taknya, dulu time asrama, duduk dalam dorm. Bilik air nak mandi pepagi mesti kena beratur. Walopon ada kuasa Veto sebagai senior, tetap xleh nak potong barisan sebab melanggar hak asasi utama penduduk asrama kalo potong barisan nak mandi. Cakap pasal makanan kat mrsm aku nih, memang best ah. Kena plak akak2x dewan selera tuh baik ngan bdk2 laki. Aku ingat lagi, masa dewan makan (mrsm aku panggil Dewan Selera, DS) baru siap, laki n pempuan makan asing2x ah. Satu dewan makan untuk setiap jantina. (Jantina 2-musim tak dikira). Tapi masa tuh berlaku konflik antara akak2x DS. Persoalan mereka, sapa nak gi jaga DS bbdk pempuan nie. Last2x, akak2x yang junior (baru kerja) kena gi jaga Dewan Selera bbdk pempuan. Aku pernah ah interbiu akak2x DS nie, apsal diorang tak suka pempoan walhal diorang tuh pempoan. Yelah, kot2 diorang konpius ngan jantina diorang kan. Skali diorang cakap, bbdk pempoan nie suka ngada2x. Wahahahahaha. (Ok, stop here for this issue).

Lepas SPM plak, aku masuk KMS. Hoh, masa nie aku sebenar tak tau nak pilih ape. Bukan pe, aku minat akaunting, dan aku dapat offer wat akaunting. Aku pun tak tau sama ada nak jadi engineer ke tak, rasa mcm best kena plak dapat petronas. Pastu, dapat offer jadik cikgu plak. Aku masa nie, memang xsenang duduk. Yelah, masa depan aku. Masa depan negara gak. Kah kah kah. Aku tny mak aku, dia nak aku amek apa...tapi dia jawab, dia xnak paksa...pilih la mana aku suka. Abang aku pun bagi jawapan mcm tuh. Pastu, aku tny lagi apa harapan mak aku, dia ckp, harapan dia nak anak2x dia semer jadik cikgu kalau boleh. So, apa lagi, aku amek je tawaran MARA nie.Alhamdulillah.

Maka, bermula lah cerita kehidupan aku kat KMS...Masuk KMS time tuh senior A-Level baik giler. Tolong angkat2x beg smer lagi. Aku ingat diorang berlakon je depan mak aku semer. Aku dah budget malam tuh diorang panggil nak rangging(Aku ingat lagi sapa sambut aku kat KMS dulu. Ekekekeke) Tapi, malangnya, xda pun semer tuh. Terkezut aku. Bukan pe, mcm tak best plak...hahahah. Xdalah, aku time tuh pikir, pergh, matang tol bbdk nie...Sebab tuh xda kes2x batch aku raging junior2x. Kami dilayan baik oleh senior, so kami layan junior mamcam tuh ah. Kan2x wahai junior2x???? (sambil asah dan tunjuk penumbuk.hahaha). Masa kat KMS nie, banyak benda yang aku belajar. Macam2x, yelah, jumpa macam2x orang. Bukan banyak belajar je, banyak gak benda2 bodoh yang dibuat oleh kengkawan aku nie (aku xjoin pun wat mende2x sengal tuh). Masa aku kat KMS, semer cikgu yang ngajar kelas aku memang baik betul. Bukan nak cakap cikgu lain jahat, tapi, yelah...dah trauma ngan cikgu2x garang nie. Semer cikgu2 yang ngajar kelas aku, diorang nie concern betul. Demi students sanggup tolong buat macam2. Bbdk nak itu nak ini, semer diorang kasi. Perghhh, aku memang terharu habes ah, Tangkap leleh org kata.

Oleh itu, dikesempatan ini, aku sekali lagi nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2x termasuklah abang ngan kakak ipar aku gak. Berkat usaha dan doa semua cikgu2 selama nie, maka saya berdiri sepertimana saya sekarang ini. Terima kasih! Semoga sentiasa menjadi guru yang amanah, berdedikasi dan memacan -si lagi. Insyallah, jasa cikgu2x semer akan saya kenang. Kepada aku dan kengkawan lain yang bakal jadik cikgu, jadilah cikgu yang yang baik macam cikgu2 kita dulu dan jangan jemu nak ajar bbdk walopon benda yang hanya silibus SPM/PMR.

Ok, aku gak nak tujukan gambar nie untuk semua guru2x aku yang pernah/tak pernah mengajar aku. (selalu orang tuju lagu, nie tuju gambar plak). Semoga semua amalam cikgu2x diberkati dan diterima oleh Allah. Insyallah

Sila Klik SINI untuk ke link gambar.

Kepada yang paham slang kelantan, leh layan dikir barat nie. NIe adalah dikir barat yang paymes pada setiap persembahan hari guru masa sekolah2x dulu.LayannnnZzzzz

Ok, till next time. Insyallah. Salam.

-SF. Mount St-

Related posts:

This entry was posted in Diari and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>