Download, Install Canon Software in Windows

Hari ni saya kena install Canon EOS Utility dalam PC saya. Tapi, somehow saya telah hilang CD software Canon yang disertakan semasa membeli DSLR saya. Bila saya masuk website Canon untuk download software ini, pihak Canon hanya meletakkan update file sahaja, bukannya installer penuh software. Jadi bagaimana hendak selesaikan masalah ini?

Sebenarnya update file di website Canon mengandungi versi penuh software, jadi cara yang saya tunjukkan ini (ada beberapa cara lagi) dengan kata mudah adalah untuk memberitahu installer (update file yang di muat turun daripada Canon website) yang saya telah install software secara penuh jadi bolehla saya run update file yang di muat turun. Cara ini memerlukan kita menambah hkey ke dalam windows registry.

Continue reading

Posted in Fotografi, Tutorial | Tagged , , , , | Leave a comment

Bumi Allah

Alhamdulillah setelah menempuh 12 jam perjalanan Auckland-Malaysia, akhirnya saya selamat tiba di bumi rahmat ini. Walaupun belum lagi menjejakkan kaki di rumah sendiri namun sedikit sebanyak kerinduan dihati untuk pulang ke tanah air terubat.

Walaupun begitu, bumi New Zealand tetap akan menjadi satu memori yang kukuh kerana pada tempoh saya berada di sana, telah banyak benda dan perkara saya lalui dan fahami. Semoga permulaan kehidupan yang saya lalui di sana menjanjikan redha Allah kelak. InsyaAllah.

Posted in Peristiwa | Tagged , , , , | Leave a comment

Eid Al Adha

Saya menganbil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat. Selamat menjalani ibadah korban dan sama-sama kita memahami erti dan pengajaran ibadah korban ini. Tidak lupa juga untuk berpuasa terutamanya pada 9 Zulhijjah (Hari Arafah) dimana Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. Walaupun tanggal 9 Zulhjjah ini berlainan pada sesetengah negara, tapi terimalah perkara ini sebagai hikmah daripada Allah.

Continue reading

Posted in Peristiwa, Suara Pena | Tagged , , , | Leave a comment

Satu benda yang perlu ada di dalam beg kamera anda

Post kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya juga. Kalau anda pernah dengar kes2x kamera atau lensa terutamnya tumbuh kulat (fungus.Seperti gambar diatas) dan macam-macam hal lagi maka saya mahu berkongsi cara paling mudah, paling murah (free juga) dan efisyen. Jika anda sayang peralatan kamera anda, sekurang-kurangnya anda perlu buat langkah yang saya akan tunjukkan ini.

Continue reading

Posted in Fotografi | Tagged , , , , , | Leave a comment